Friday, 12 January 2018

INSAN YG TENGAH MEREPUT DI RUMAH



ASSALAMUALAIKUM DAN HI READERS SEKALIAN..
Dalam tahun baru ni, harap-harap semua dalam keadaan yang baik-baik. 💕

Aughhhh, aku rasa tahun ni akan jadi tahun yg sukar untuk aku sebab masa ni aku dah 20 tahun. Maksudnya masa ni lah aku kena jadi orang paling rajin dalam dunia hahahaha sebab aku kena cari banyak2 duit. Untuk apa duit? Untuk tampung hidup sendiri lerrr and ofkos untuk parent and my beloved heolmo [nenek] too ~ takkan mau tampung hidup kamu pulak kan? Haha.

“ Wui parent kau tak bagi duit ka sampai kau kena cari duit sendiri? Parent kau tak peduli dekat kau ka? Parent kau nda bagi nafkah? Nafkah untuk anak tu wajib kena bagi tau.”

Woooooo wooooo wooooo ~~ easy dude. 😒 Thats not the reason ok. Umur 20 tahun ni malu la woi kalau masih kena bagi duit olh parent. Time ni laa giliran kia bagi duit dekat mak bapak kita. Tapi kalau parent kita tak nak kita kerja [sesetengah parent belum sedia bagi anak2 mereka bekerja] well its ok. Yg tu lain cerita. Tapi untuk yg sudah dpt ‘greenlight’ dari parent tu apa lagi kau tunggu wei? Gerakkan lah kaki tu pi cari kerja. Cari duit. Cari pengalaman. Cari kehidupan hahaha. Tak payah la mau memilih kerja sangat. Kita bukannya anak dato seri paduka yang terhormat mau kerja dekat tempat-tempat yang ‘highclass’ ~ yg penting kerja tu halal, then ok. Terima ja. 💃

Actually, dalam tahun ni aku ada banyak plan. Ya gais, banyak sangat. Dan hampir semuanya perlukan duit. Aku nda mau la plan aku semua tu hanya omong omong kosong hahaha, aku mau jalankan semua plan plan aku tu dengan jayanya. So, AKU KENA CARI DUIT! 💪

Bila cakap pasal kerja ni, aku rasa excited sikit hehe. Yalah cuba bayangkan kau kerja, sibukkan diri dari perkara2 yg nda berfaedah, fokus cari duit, didik diri jadi rajin, jumpa rakan kerja baru, I mean nanti makin ramai kawan dan kenalan, banyak pengalaman kau dapat, kau akan dapat duit and yang paling penting kau dah ada LIFE. Yes gais, orang lain nda boleh cakap kau LIFELESS dah. Kalau ada kerja ni nda la kau mereput sangat rumah. At least, nda lah kau basi di rumah tu. Dinding di rumah tu pun muak sudah tengok muka mu. Nasib ja dinding mu tu nda boleh muntah. -_-

“Jap jap! Kau tak study ka?”

Ouh yah, lupa pula kan ada yg umur 20 ni masih belajar. Untuk yg masih study tu bah fokus ja dengan study. Selain bagi nafkah utk mak bapak, bagi keputusan yg baik untuk dorang pun adalah satu perkara yang boleh membanggakan mereka. :] Fighting gais! But for me, I hv to earn my own money. Sebab aku bukannya study. Aku baru ja habis exam STPM ~ dalam bulan 3 kalau nda silap baru result kami keluar [dup dap dup dap] [doakan kami gais 🙇]. So sementara tunggu result keluar, alangkah lebih afdhal kalau kami pi cari kerja. Bln 3 nanti pun kami dapat result ja, bukannya terus ada panggilan sambung belajar pun. Mungkin dalam bulan 9 baru ada panggilan untuk sambung belajar. Nah mau tunggu bulan 9 tu datang sempat kita kawin hahahaha. Daripada buang masa di rumah, marilah kita gerakkan kaki kita yang berat sebab banyak lemak ni pi cari kerja.

Tapi kan, untuk masa sekarang aku nda boleh kerja lagi disebabkan oleh hal hal peribadi cewah hahahaha. Mybe dlm bulan 2 baru sis boleh cari kerja.

So itu saja dari sis hehe. Nanti sis akan update lagi pada masa yang akan datang.
Goodbye gais. Xoxo~~ 🙈🙌

#PL for Fir,
If you read this maksudnya ada kemajuan sudah aku yah. Otw mau melawan kau sudah ni. Siap sedia laa ambik tempat pertahanan. HAHAHAHA! KBYE!

Monday, 17 July 2017

Kad Siswa 1Malaysia


Assalamualaikum and a big hello for my beloved readers sekalian. How are you doing? I hope you guys fine and have a happy day muehehe. 😁


So for today, nad nak cerita pasal kad Debit or Kad Siswa tu. Siapa yang dah dapat tu yeahhh sep sikit! hahaha kita geng! Taknak sponser nad aiskrim ke? Lol >.<” and yang belum dapat tu bawak bersabar lah ya, nanti dapat laa tu. Sabar k sabar. :)

Okay, nad sebenarnya dah lama tunggu kad debit nad ni, I’ve waiting for 4 or 3 month kalau nda silap. Hmmm lama jugak laaa nad tunggu dia keluar tapi tak keluar keluar. Nad daftar kad debit tu dengan kawan nad, yalah berita pasal kad debit ni pun nasib dia yg cakap. Kalau tak memang nad tak paham laa apa benda kad debit ni haha. Okay kita pun dah siap daftar dan pendaftaran kami pun berjaya. So kami pun dengan penuh kesabaran dan ketekunan tunggu email dari Bank Rakyat sebab dia akan inform pasal kad debit tu melalui email. Tunggu punya tunggu, kawan nad datang dekat nad dengan penuh kegembiraan di wajahnya, hahaha. Ingatkan dia jumpa iphone6 ka tengah jalan tadi, sebab dia punya gembira tu lain macam. Hahahaha nda bah. Okay back to the story, dia datang jumpa nad the cakap dia dah terima email dari bank rakyat, dia suruh nad pegi check email sebab mana laa tahu nad pun dapat sekali. Lepas tu dengan sepantas kilat, nad pun pegi laa check tapi apa kan daya, nad tak dapat pun email tu. T.T sedih wei sedih.

So nad pun masih setia menunggu email dari bank, tapi tak ada jugak. Orang lain dah habiskan duit dalam kad debit tu beli topup, nad pulak masih menghitung hari bila laa timbul email tu, nad pun nak jugak rasa beli topup guna duit kad debit tu haha ~~~ nad punya kesabaran tunggu kad debit tu dah sampai tahap berair mata bila nampak kelibat kad debit tu dekat dompet kawan nad huhuhu. Ada jugak laa kawan nad yg lain bagi nombor bank rakyat tu suruh call then tanya. Haaa part tanya menanya ni nad tak seberapa pro. Malas laa aku mau call tanya menanya ni, so nad tetap dengan keputusan nad untuk TUNGGUUUUUUU ~~~

Ada lah sorang lagi kawan nad (classmate) cakap dia nampak nampak nama nad dalam senarai nama orang yang layak dapat kad debit tu, dia cakap nama nad ada dekat dalam tu. Nad punya gembira tak payah cakap laa time tu hahaha. Nad dah semangat nak tebus kad tu. BUT THE PROBLEM IS, nad tak dapat email lagi! Aishhh stress okay! Ntah kemana sesatnya email tu, padahal nad dah double check email yg nad bagi tu. Tu email nad, so it is impossible kalau ckp nad salah bagi email. Kawan nad cakap kad debit tu tak boleh ambik kalau email tak dapat. OK NOW IM ON MY ‘MONSTER MOOD’. sampai dalam hati dah cakap “okay tak apa lah, mybe nad tak ada rezeki” husnuzon sangat dah okay. Kerna terpaksa aku relakan dah ni even dalam hati meronta-ronta hahaha.

Day by day, nad dah tak kisah pasal kad debit tu. Dah ‘move on’ lah kata kan ~ hahaha. Tak apa laa, nad beli topup guna duit nad sendiri la ye. Suddenly, ada lagi kawan nad sorang (kawan nad ramai k haha) dia check kelayakan kad debit dia guna internet, yg ada khas link utk check kad debit tu (https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/). Kawan nad ni dah batch yg ke 4 terima kad debit tu. Dia check, and dia cakap dia dapat! Nad dengan muka seposen pun pegi laa dekat dia sebab nak minta check sekali. AND YEAH ! nad dapat! Dia cakap “ tahniah anda telah bla bla bla bla” ah something mcm tu laa dia cakap. Tapi at the same time nad masih tak dapat apa-apa berita pasal email nad. Nad dalam delima tau tak! Tersepit dan terjepit diantara nak pegi bank rakyat urus kad debit nad tu atau tak. Ada kawan nad cakap, email tu tak penting, yang penting nama ada dalam senarai. Ada lagi yg cakap, kalau email tak ada memang tak boleh dapat laa kad debit tu. K IM SO DONE WITH THIS THINGS! Nad dah tak tahan! Nad ambik keputusan utk pegi bank tu and urus semua benda ni dekat sana. Dapat tak dapat belakang cerita! Yang penting nad dah urus!

So hari Jumaat minggu lepas nad pegi bank after my class finished. Ditemani dengan soulmate nad dengan keyakinan serta doa, nad sampai pun dekat bank. Dekat sana, nad pegi tanya dekat ada sorang pacik kerja dekat bank tu, nad tanya mana nak check nama utk kad debit tu. So dia pun tunjuk laa ada kertas terlekat dekat dinding tu ~ nad pun check semua nama yg ada. Nad tengok satu-satu nama dekat dalam list tu, siap tengok nama crush nad lagi kalau ada terselit kat dalam tu muehehehehe nda bha. Namun semuanya hanya bohong semata-mata, nama nad tak ada. And list nama tu utk budak batch 4, sedangkan nad ni batch 1. so nad datang laa balik dekat kaunter tu, cakap dkt pck tu nama nad tak ada. Nad terang laa dekat dia yg nad dah periksa dekat link bank rakyat tu. Nad cakap yg nad layak, tapi nad tak ada lah mention pasal email nad. So dia call ntah siapa tu, dia ckp dia akan tanya dekat sana. Nad perati ja dia on call. Dalam hati ni dah risau dah, nad siap baca doa lagi k. haaa nampak tak aku punya tahap desperate tu macam mana. Hahahaha. Dah habis on call, pck tu panggil. Aku dah memang cuak habis. Mengeletar lutut lol hahahahaha. Dia cakap “kalau kau dapat kad ni, kau mau spen apa?” Allah, aku dah macam, okay lol what the heck are you talking about. Kalau dapat tu cakap laa dapat, kalau tak cakap tak. Then pck tu ckp lagi “kalau dapat spen milo ais ah” okay good dia bawa aku b’gurau. Dia hulur borang dekat nad then cakap nad boleh dapat kad debit tu. ALHAMDULILLAH FINALLY AKU DAH DAPAT. Urus punya urus, dapat jugak kad debit tu. Hahahahaha. Nad pun pegi laa dekat mesin ATM keluarkan 100 ringgit. Happy weii dapat duit. K itu ja nad nak cerita. Lol :P

Kad debit tu boleh isi dan keluarkan duit ~ so kiranya kad tu mcm kad akaun yg lain laa. Banyak jugak laa benda yg nad pegi beli hahahaha jadi orang kaya kejap. Benda tu sepatutnya guna utk beli buku, tapi memandangkan buku nad semua dah lengkap so nad pegi laa beli makanan hahaha. (tolong jangan tiru aksi tersebut) korang yg masih ada duit tu gunakan laa duit korang sebaiknya ok, jng membazir sangat hehe. And yang belum dapat, sekali lagi nad tegaskan pegi laa check nama korang ya. Rajin-rajin laa buka email ok. :)

P:s/ kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya dekat ruang komen ok. Kalau nak share apa2 atau nak tambah apa2 boleh tambah. Kalau nak perbetulkan apa2 kesalahan boleh tinggalkan komen anda ok. ^^

INSAN YG TENGAH MEREPUT DI RUMAH

ASSALAMUALAIKUM DAN HI READERS SEKALIAN.. Dalam tahun baru ni, harap-harap semua dalam keadaan yang baik-baik. 💕 Aughhhh, aku ras...